Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Asasi Sains dan Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sesi Akademik 2020/2021

Majlis anugerah kecemerlangan pelajar Program Asasi Sains dan Perubatan UniSZA sesi aakdemik 2020/2021 telah diadakan pada 29 Julai 2021. Ia diadakan secara dalam talian menggunakan platform Cisco Webex Meeting dan telah dihadiri semua pelajar dan staf  Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA) UniSZA. Penganjuran majlis ini adalah untuk kali kedua dimana penganjuran kali pertama telah diadakan pada tahun lepas untuk pelajar PUSPA sesi Akademik 2019/2020.

Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengikhtirafan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelbagai aspek iaitu bidang akademik, sahsiah mahupun kokurikulum sepanjang pengajian mereka di PUSPA. Ia juga diharapkan dapat menyuntik semangat pada semua pelajar agar sentiasa berusaha walaupun dalam keadaan yang mencabar sepertimana penularan pandemik Covid-19.

Dalam majlis ini, seramai enam belas orang pelajar telah menerima anugerah iaitu lapan orang mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Subjek bagi Katogeri Anugerah Akademik dan seramai lapan orang lagi mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Kokurikulum. Pelajar yang menerima Anugerah Pelajar Terbaik Subjek adalah sepertimana berikut:

Bil

Anugerah Pelajar Terbaik Subjek

Nama Pelajar

1.

Biologi

Muhammad Khairul Naim bin Rosland

2.

Kimia

Sharifah Jamilah binti Syed Abu Bakar Thukofi

3.

Matematik

Farid Imran bin Ismail

4.

Fizik

Ahmad Muiz bin Mohamed Ridhwan

5.

Teknologi Maklumat

Muhamad Zamir Azrulsyah bin Mohd Zamri

6.

Foundation English

Nur Syazwina Huda binti Rosli

7.

Pengenalan Fiqh Ibadah

Izzah Mardhiah binti Redzuan

8.

Pengenalan Aqidah dan Akhlak

Muhammad Isyraq Shafiq bin Abdul Rahim

Manakala pelajar yang menerima Anugerah Pelajar Terbaik Korikulum pula adalah sepertimana berikut:

Bil

Anugerah Pelajar Terbaik Kokurikulum

Nama Pelajar

1.

Anugerah Tokoh Pelajar

Farid Imran bin Ismail

2.

Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Siswa

Farid Imran bin Ismail

3.

Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Siswi

Nur Atiqah binti Rosely

4.

Anugerah Sahsiah

Muhammad Hariz Akmal bin Mohd Asri

5.

Anugerah Sukan

Ahmad Amirul Haziq bin Mohd Rosli

6.

Anugerah Kepimpinan (Siswa)

Muhammad Waie bin Ahmad Nazori

7.

Anugerah Kepimpinan (Siswi)

Siti Umayrah binti Mohamad Adam

8.

Anugerah Kokurikulum

Muhammad Khairul Naim bin Rosland

Pengarah PUSPA, Prof. Madya Dr. Sharifah Wajihah Wafa binti Syed Saadun Tarek Wafa dalam ucapan aluannya mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dan tidak lupa kepada yang tidak berjaya agar teruskan usaha untuk meningkatkan kecemerlangan pada masa akan datang.  Beliau turut menyatakan hasratnya agar semua pelajar PUSPA mengekalkan momentum kecemerlangan mereka hingga ke peringkat ijazah dan seterusnya. 

Penganjuran Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA) sesi 2020/2021 ini dilihat sebagai satu medium yang amat baik dalam mencetus transformasi terhadap potensi diri pelajar. Ia juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada pelajar-pelajar supaya terus cemerlang pada masa akan datang.

Hubungi Kami

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu.

  09-6688311
  09-6688685
  asasi_puspa@unisza.edu.my

puspa logo for dark background

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

150820