Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Asasi Sains dan Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin

KATA ALUAN PENGARAH

bismillah

Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakaatuh dan Salam Sejahtera. gambar kata aluanAlhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam, kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi atas segala limpah kurnia dan nikmat yang diberikan.

Terlebih dahulu, saya amat berbesar hati dan mengalu-alukan semua pengunjung ke laman web Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) (PTNCAA), UniSZA. Laman web ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan peranan dan fungsi utama yang dilaksanakan oleh portfolio Akademik & Antarabangsa dalam memastikan kecemerlangan Universiti. Akademik merupakan tunjang utama sesebuah universiti dalam melahirkan graduan holistik yang mempunyai ilmu kemahiran dan kompetensi serta nilai akhlak dan budi pekerti yang tinggi. Selain itu, pengantarabangsaan pula merupakan agenda utama universiti bagi meluaskan ufuk warga UniSZA dan mengangkat keterlihatan UniSZA di peringkat antarabangsa.

Akhir kata, saya mengharapkan laman web ini menjadi wadah perantara PTNCAA bersama staf dan masyarakat luar serta dapat dimanfaatkan segala maklumat yang ada. Saya juga turut mengalu-alukan pandangan serta maklum balas daripada semua pihak bagi meningkatkan kualiti dan informasi dalam laman web ini.

Sekian, terima kasih.

'ILMU DAN AKHLAK PEMACU KECEMERLANGAN INSAN'

PROF. MADYA DR. SHARIFAH WAJIHAH WAFA SYED SAADUN TAREK WAFA
PENGARAH PUSPA

Hubungi Kami

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu.

  09-6688311
  09-6688685
  asasi_puspa@unisza.edu.my

puspa logo for dark background

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

150866