Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Asasi Sains dan Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin

Taklimat Bersama Pengarah “Tak kenal Maka Tak Cinta”

Pada 1 Ogos 2021, Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) telah menerima 135 orang pelajar baharu Program Asasi Sains dan Perubatan. Mereka merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Sesi 2020.

Memandangkan para pelajar ini terdiri dari pelbagai latar belakang dan tidak mengenali sesama mereka, PUSPA telah mengadakan Sesi Taklimat Bersama Pengarah Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA “Tak Kenal Maka tak Cinta” untuk para pelajar baharu PUSPA Sesi Akademik 2021/2022. Ia bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara pelajar baharu serta memperkenalkan mereka mengenai kaedah dan cara pengajaran dan pembelajaran di universiti.  

Pada sesi taklimat ini, pengarah PUSPA, Prof. Madya Dr. Sharifah Wajihah Wafa binti Syed Saadun Tarek Wafa telah memperkenalkan semua staf PUSPA kepada para pelajar. Dalam sesi ini juga, para pelajar diperkenalkan dengan struktur pengajian di PUSPA, kaedah penilaian dan peperiksaan, kemudahan dan fasiliti yang disediakan serta program dan aktiviti yang akan diadakan di PUSPA. Selain itu, pengarah PUSPA turut berkongsi berkenaan pencapaian dan pengiktirafan yang telah diterima oleh para pelajar dan staf PUSPA. Para pelajar juga diberi pencerahan mengenai kursus-kursus yang akan dipelajari dan peraturan-peraturan semasa berada di PUSPA.

 Sesi taklimat ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari semua pelajar. Diharapkan dengan sesi penerangan ini, para pelajar akan lebih yakin dan bersemangat untuk mengikuti pengajian di PUSPA. Pihak PUSPA juga amat berterima kasih kepada semua pelajar dan kakitangan PUSPA yang terlibat dalam menjayakan program ini.  

Hubungi Kami

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu.

  09-6688311
  09-6688685
  asasi_puspa@unisza.edu.my

puspa logo for dark background

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

150851