Latar Belakang

Latar belakang

Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) telah diluluskan penubuhannya oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi Bil. 5/2014 bertarikh 26hb.Ogos 2014.

 

 

Objektif Penubuhan

Objektif penubuhan PUSPA adalah:

1. Mewujudkan pusat yang menawarkan kursus persediaan berstatus pra universiti kepada pelajar BUMIPUTERA lepasan SPM yang berkelayakan/memenuhi syarat untuk mengikuti program Ijazah    Sarjana Muda dalam bidang perubatan, sains dan teknologi di UniSZA;

2. Mewujudkan saluran utama untuk pengambilan pelajar dengan pencapaian cemerlang dalam SPM daripada sekolah-sekolah di seluruh Malaysia dengan keutamaan diberikan kepada sekolah-sekolah di bawah pengurusan Kerajaan Negeri untuk mendapat peluang luas melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di dalam bidang perubatan, sains dan teknologi di UniSZA;

3. Mencapai kelestarian pendidikan di bawah dasar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pendidikan Tinggi (PPPM PT) 2015-2025; dan

4.Menjalinkan kerjasama yang erat antara universiti, kerajaan negeri dan komuniti setempat dalam pembangunan pendidikan di Terengganu.

 

 

 

Print Email