1 260

 

 

 

2 260   3 260   4 260   5 260   6 260   7 260   8 260   9

Program Amal Bersama Tersayang

 


IMG 20190317 WA0004

 

Pada tarikh 16 Mac 2019, persatuan pelajar PUSPA telah menganjurkan satu program khidmat komuniti iaitu ‘Program Amal Bersama Yang Tersayang’ bertempat di Asrama Kebajikan Anak-anak Yatim / Fakir Miskin Darul Akhyar MAIDAM , Kg Mengabang Kapal, Mukim Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu. Seramai 7 orang ahli Jawatankuasa Kerja Amal turut menyertai program tersebut.

Antara objektif Program Amal Bersama yang Tersayang ini adalah untuk menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang, membina jati diri dan keprihatinan kepada golongan kurang bernasib baik sekaligus dapat mempraktikkan komunikasi dalam suasana yang mencabar dimana kumpulan sasaran praktikal adalah anak-anak yatim yang terputus hubungan kasih sayang dengan ibubapa masing-masing.

Selain itu, ia juga dapat menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniakan melalui pemerhatian terhadap golongan kurang bernasib baik disamping memberi peluang kepada pelajar untuk beramah mesra bersama anak-anak yatim dan fakir miskin.