1 260

 

 

 

2 260   3 260   4 260   5 260   6 260   7 260   8 260   9

LAWATAN ILMIAH "JAWATANKUASA AKREDITASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA ke PUSAT ASASI SAINS DAN PERUBATAN UniSZA (PUSPA)

Banner Lawatan Ilmiah JKUASA AKREDITASI MATRIKULASI MELAKA

 

KUALA NERUS -  12 November 2018 (Isnin) seramai 38 orang Jawatankuasa Akreditasi Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) telah mengadakan lawatan ilmiah ke Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) untuk tujuan mendapatkan maklumat tentang tatacara penyediaan dokumen sepanjang proses mendapatkan perakuan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency -MQA).

Lawatan ini secara khususnya adalah bertujuan mendengar pengalaman pihak PUSPA yang telah berjaya mendapat perakuan akreditasi penuh daripada pihak MQA pada 05/12/ 2016. PUSPA diketuai oleh pengarah berkaliber, Prof Madya Dr Salwani. Usaha mendapatkan perakuan ini dilakukan oleh beliau bersama barisan staf yang komited dan dedikasi.

Sidang perkongsian ini telah dipengerusi oleh pengarah PUSPA sendiri yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, Bangunan Pentadbiran, UniSZA Kampus Gong Badak.

Diharapkan apa yang telah dikongsikan oleh pihak PUSPA sedikit sebanyak membantu pihak KMM dalam mendapatkan perakuan akreditasi daripada pihak MQA pada masa depan. PUSPA mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan menjadikan PUSPA sebagai pusat rujukan.

 

                        

 

     DSC 7134        2        DSC 7141

                               1