1 260

 

 

 

2 260   3 260   4 260   5 260   6 260   7 260   8 260   9

MESYUARAT MAJLIS DEKAN/PENGARAH ASASI UNIVERSITI AWAM 2018 KE-8

Banner Mesyuarat Asasi Council 2018 

 

 

KUALA NERUS- Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dipilih menjadi tuan rumah sempena Mesyuarat Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam 2018 kali ke-8 pada 8 November 2018 (Khamis). Mesyuarat ini berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, Bangunan Pentadbiran, UniSZA Kampus Gong Badak.

Pelbagai isu dibincangkan pada mesyuarat tersebut untuk tujuan perkembangan dan kemajuan pusat-pusat asasi dan matrikulasi di Malaysia. Penganjuran sukan antara asasi yang akan berlangsung pada 23-26 Januari 2019 juga dibincangkan bagi memastikan ia dapat dijalankan dengan baik.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Y.Bhg Prof. Datuk Dr. Noriah Binti Mohd Ishak iaitu selaku Pengerusi Majlis Dekan/Pengarah Universiti Awam dan dihadiri oleh dekan/pengarah dan wakil asasi universiti awam yang lain.
 
 
KLIKKLIK DI SINI UNTUK KE GALERI GAMBAR