1 260

 

 

 

2 260   3 260   4 260   5 260   6 260   7 260   8 260   9

Bengkel Teknologi Kejayaan Diri Neuro-Linguistic Programming (NLP) Pelajar Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) SESI 2018/2019

Bengkel Teknologi Kejayaan Diri Neuro-Linguistic Programming (NLP) merupakan satu bengkel yang mana membantu para peserta untuk membentuk matlamat yang 'SMART' dan disulami dengan elemen Visual Auditori dan Kinestatik untuk memberi kesan lebih mantap kepada setiap matlamat yang kita tetapkan. Hal ini kerana, melalui bangkel yang dijalankan ini membolehkan para peserta lebih mengenali diri sendiri dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap diri mereka sendiri bagi memastikan mereka mampu meledakkan potensi diri agar berjaya dan cemerlang dalam kehidupan selain mempunyai matlamat diri dan kepimpinan yang jelas untuk dicapai dalam kehidupan mereka.

          Oleh itu, Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) telah berjaya menganjurkan Bengkel Teknologi Kejayaan Diri Neuro-Linguistic Programming (NLP) kepada Pelajar Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) SESI 2018/2019 yang telah diadakan pada 9 Oktober 2018 (Selasa) yang lalu bertempat di Dewan Ibnu Khaldun, Kampus Gong Badak yang mana telah disertai oleh seramai 82 orang pelajar PUSPA Sesi 2018/2019.  Bengkel kali ini telah dijayakan oleh penceramah yang cukup berpengalaman dan berwibawa iaitu En. Ahmad Termizi Bin Ab Aziz dan En. Mohamad Muhaymein Bin Ahmed Zawawi.

          Bengkel NLP kali ini dijalankan diharapkan mampu menjadikan para pelajar lebih baik dan bertenaga, berkemampuan mengawal emosi dan memilih emosi diri yang diingini pada satu-satu masa mahupun keadaan. Sementara itu, antara objektif lainnya adalah membantu membentuk matlamat yang diinginkan dan melangkah ke arah kejayaan seperti mana yang ditetapkan disamping mempelajari corak-corak (pattern) untuk kegunaan diri dan membantu orang lain selain menjalinkan hubungan dengan orang lain dengan lebih baik dan berkomunikasi dengan lebih hebat.

           "Pada tahun 2033, saya dapat lihat diri saya sedang memakai baju bedah sedang memulakan pembedahan di kepala bagi seorang pesakit. Setiap pesakit akan saya rawatinya sebagai ahli keluarga saya. Saya juga nampak diri sedang bercakap dan menasihati pesakit dan keluarga berhubung apa yang dihadapi mereka. Saya merasa puas apabila dapat melayani mereka seperti ibu dan ayah serta anak saya sendiri." Ungkapan ini telah diungkapkan oleh salah seorang peserta bengkel yang mana dapat dilihat matlamat yang digambarkan menjadi lebih jelas dan berfokus. Secara konklusinya, bengkel kali ini berjaya membantu pelajar mengawal cara pemikiran dengan lebih baik dan menjadi lebih produktif serta berprestasi tinggi di dalam mengatur langkah masa depan dengan lebih baik.

                                               WhatsApp Image 2018 10 09 at 18.59.18 3   WhatsApp Image 2018 10 09 at 18.59.18 1   WhatsApp Image 2018 10 09 at 18.59.18 4            

WhatsApp Image 2018 10 09 at 17.35.54