1 260

 

 

 

2 260   3 260   4 260   5 260   6 260   7 260   8 260   9

Bengkel Dress For Success Pelajar Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA)

Pada 21 November 2017, seramai 90 orang pelajar program Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA Sesi Akademik 2017/2018 telah menghadiri Bengkel Dress For Success yang diadakan di Dewan Perdana UniSZA kampus Gong Badak. Bengkel ini adalah anjuran bersama Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA).

Objektif penganjuran Bengkel Dress For Success ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada peserta tentang kepentingan memiliki imej, personaliti dan ketrampilan diri yang profesional di dalam meningkat serta menyerlahkan keyakinan diri dan secara tidak langsung menambah baik potensi diri. Selain itu, bengkel ini juga menekankan bahawa memiliki imej dan ketrampilan diri yang profesional dan menarik akan pasti mampu untuk membantu memudah serta melicinkan urusan seharian seseorang itu terutama ketika berhadapan dan berurusan dengan orang lain. Ini adalah kerana mereka mampu memberi keyakinan kepada pihak lain ketika menjalani kehidupan seharian.

 Program ini telah dikendalikan oleh penceramah yang berpengalaman oleh Certified Professional Image Consultant Mejar (K) Encik Ahmad Termizi Bin Ab Aziz. Antara topik-topik dalam modul bengkel ini adalah meningkatkan pengetahuan tentang definisi imej, ketrampilan diri dan profesionalisma, menambah pengetahuan tentang elemen-elemen penting yang perlu diambil berat untuk membentuk imej yang professional, pendedahan tentang teknik-teknik perbualan sosial dan komunikasi berkesan, pengetahuan mengenai kesesuaian berpakaian dan penampilan diri mengikut kesesuaian diri dan majlis yang dihadiri, kesedaran tentang kepentingan membangunkan imej diri, business etiquette, panduan temuduga serta simulasi temuduga.

Secara keseluruhannya, program ini dilihat telah berjaya memberi pendedahan yang sangat bermanfaat kepada pelajar bahawa imej dan ketrampilan diri adalah kunci untuk melambangkan personaliti agar pelajar lebih berkeyakinan dalam mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi untuk mengenal pasti potensi dan kekuatan diri sebagai persediaan menghadiri temuduga kerana First impressions sangat penting semasa temuduga di masa depan. Memandangkan sambutan yang menggalakkan daripada pelajar, program ini jelas berfaedah untuk dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

789

456

101112

123