1 260

 

 

 

2 260   3 260   4 260   5 260   6 260   7 260   8 260   9

Bengkel Teknologi Kejayaan Diri Neuro-Linguistic Programming (NLP) Pelajar Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA)

Pada 7 Februari 2017, seramai 54 orang pelajar program Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA sesi akademik 2016/2017 telah menghadiri Bengkel Teknologi Kejayaan Diri Neuro-Linguistic Programming (NLP) yang diadakan di Dewan Perdana UniSZA kampus Gong Badak. Bengkel ini adalah anjuran bersama Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

Objektif penganjuran Bengkel Teknologi Kejayaan Diri Neuro-Linguistic Programming (NLP) ini adalah untuk membolehkan pelajar mengendali diri dan mengambil tanggungjawab penuh terhadap diri sendiri untuk meledakkan potensi diri agar berjaya dan cemerlang dalam kehidupan serta mempunyai matlamat diri dan kepimpinan yang jelas untuk dicapai. Selain itu, bengkel ini juga diharapkan akan dapat mencungkil dan memantapkan sistem kepercayaan dan nilai diri yang menjadi asas memajukan diri serta menjana perlakuan baru agar mampu memimpin diri sendiri dan kelompok besar yang akan dipimpin.

   Program ini telah dikendalikan oleh penceramah yang berpengalaman iaitu Y. Brs. Dr. Mohd Shahril Bin Othman dan En. Ahmad Termizi Bin Ab Aziz. Antara topik-topik dalam modul NLP ini adalah teras perubahan kekal, kaedah menjana kejayaan dan keyakinan, membentuk nilai positif, serta mempelajari teknik C.R.A.F.T dan Corak SWISH.

Secara keseluruhannya, program ini dilihat telah berjaya memberi pendedahan yang sangat bermanfaat kepada pelajar dalam mengaplikasi kemahiran kualiti emosi dan spiritual dalam meningkatkan prestasi diri dengan lebih sistematik agar mampu menuju era memperkasa kepimpinan cemerlang. Memandangkan sambutan yang menggalakkan daripada pelajar, program ini jelas berfaedah untuk dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

 

NLP 2017 3 
 
 NLP 2017 1 NLP 2017 2